lovely of journey genk~

Monday, July 25, 2011

sakit wanita-info utk lelaki jgk

SENGGUGUT

waduh! sakitnya makkk!!!...
YA ALLAH, sakit gila!!!...arggghhhh!

Apabila seorang wanita atau remaja perempuan mengalami sakit SENGGUGUT...antara dialog atau ayat yg keluar dr mulut mereka adalah seperti di atas...(hehehe...wallah lar! mcm bt report tuk majalah plak..hehehe)

Senggugut selalu dialami oleh para wanita semasa kedatangan haid ataupun semasa hari terakhir kedatangan haid..
MENSTRUAL adalah perkataan English yang bermakna haid...

utk informasi semua rakan2 :-
~ penyakit ini adalah punca No. 1 ketidakhadiran kaum wanita tidak hadir ke sekolah dan tempat kerja...
   (mengikut kajian institut kesihatan kebangsaan di Amerika Syarikat)

Antara cara2 utk mengurangkan kesakitan ini adalah :-

1. berzikir (utk org Islam),
2. cuba bertenang (jangan terlalu risau)
3. jangan fokus kepada sakit yang dialami
4. mengaplikasikan yoga-boat pose merupakan salah satu pose yang sesuai bg mengurangkn kesakitan senggugut. lakukan setiap mlm sebelum tidur.
5. dapatkan tidur yang cukup
6. makan makanan yang mengandungi Thiamina (vitamin B1),spt kekacang,bijirin sarapan dan daging. malah vitamin B6 dan kalsium jg membantu
7. rendam hirirsan halia di dalam segelas air panas, tunggu sejuk, kemudian minum. halia baik utk merehatkan otot rahim.
8. urut di bahagian perut, pinggang dan belakang utk merehatkan otot di bahagian tersebut.
9. minum air kurma setiap hari. ia melancarkan perjalanan darah dan memberi tenaga kepada wanita yang sedang haid.
10. ambil pil tahan sakit yang bersesuaian. sila rujuk dgn doktor terlebih dahulu. (klu boleh tu xyah amik pil tahan sakit setiap hari.tkot memudaratkan sistem peranakan wanita)

info penting :-
~ ramai wanita kata sakit senggugut mereka berkurangan selepas melahirkan anak (p/s: cepat2 lar kahwin...hahaha)
~ semakin meningkat umur seseorang itu, semakin berkurangan sakit menstruasi nya.(perbanyakkan amalan baik sblom jd cepat tua...hehehe)

No comments:

Post a Comment

Search This Blog